Ahad, 27 September 2009
Kesinambungan Seni Pertahanan
Warisan yang diwariskan dari generasi ke satu generasi
Tuan mahaguru yang memimpin silat ini berasal di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih. Beliau dilahirkan pada 1945 dan merupakan anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik. Minat yang mendalam terhadap perguruan seni pertahanan diri telah dipupuk semenjak dari kecil lagi. Beliau mengorbankan masa, tenaga dan juga wang bagi meneruskan kesinambungan seni silat tongkat gayuman gerakan 1. Seni yang merujuk kepada kekreatifan silat ini yang menggabungkan tiga versi dalam pertahanan diri, iaitu tongkat, gayuman dan pedang. Beliau telah memimpin silat ini hampir 16 tahun dan berpengalaman melatih pesilat-pesilat lebih dari 40 tahun. Silat ini bersumber kepada Syed Sagaf bin Syed Abdul Rahman yang berasal dari Kampung Paloh, Terengganu. Syed Sagaf merupakan anak kepada Ulama Terengganu yang terkenal pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu Tukku Paloh. Tukku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah. Syed Sagaf telah mempelajari silat ini semasa beliau mendalami ilmu agama di Mekah. Haji Abdul Rahman atau dikenali sebagai Tok Ayah Man telah berguru dengan Syed Sagof dan dikatakan bahawa Tok Ayah Man telah menuntut ilmu di Mekah selama 30 tahun. Apabila pulang ke tanah air, silat ini di bawa balik ke kampung asal Tok Ayah Man, iaitu di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Pada zaman pemerintahan jepun, 1944, Abdul Talib Bin Awang Hamat antara anak murid yang berguru dengan Tok Ayah Man. Abdul Talib dikenali sebagai Tok Walid. Selepas itu, Tok Walid telah mendalami silat ini di Kampung Paloh, Terengganu selama lima tahun. Setelah Tok Ayah Man kembali ke rahmatullah, Tok Walid telah mewarisi dan mengembangkan silat ini di Kelantan. Gelanggang pertama yang di buka oleh Tok Walid ialah di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Setelah itu gelanggang turut dibuka di Kampung Merkang, Wakaf, Panggong, Jeram, Nilam Puri, Lembah, Kulim, Gong Patah, Gucil, Temangan di Kelantan. Abdul Talib sempat juga mengajar di Sungai Tong, Terengganu dan Kampung Kerinci, Kuala Lumpur. Tok Walid mempunyai beribu orang anak murid yang handal. Namun, silat ini diperturunkan pula kepada Haji Hamdi, di mana beliau adalah anak saudara Tok Walid. Perlantikan itu tidak menimbulkan sebarang perkelahian di antara anak murid seguru.
Mengikut ilmu perguruan yang diamanahkan oleh Tok Walid dan telah disaksikan beberapa orang anak muridnya, bahawa dalam satu masa, hanya boleh ada seorang saja mahaguru silat. Sebelum meninggal dunia Tok Walid sempat berpesan bahawa buatlah seperti apa yang patut supaya silat ini tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan dan tak mati dek ketamakkan sesama sendiri. Pesanan ini dikendong kemas oleh Haji Rasdi Abdullah, iaitu anak murid Haji Hamdi yang mana Haji Hamdi dikenali juga dengan gelaran Wak Di. Manakala generasi baru yang terkini memanggilnya dengan gelaran Tok Ayah. Atas dasar rasa tanggungjawab, Haji Rasdi terfikir untuk menubuhkan persatuan. Dengan inisiatif dan kerjasama rakan-rakan seperguruan yang lain, silat ini telah berjaya diwartakan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 1983–04–13, bersamaan tarikh 20 0ktober 2004, yang mana telah dipengerusikan oleh Haji Rasdi Abdullah. Hari ini, silat Gayong Man Gerak Satu dikenali sebagai Persatuan Seni Tongkat Silat Gayuman Gerakan 1. Selama tertubuhnya persatuan, silat ini telah mempunyai lebih daripada 10,000 ribu orang ahli yang berdaftar. Gelanggang dibuka di merata-rata tempat, samada di sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang di bawah pimpinan jurulatih-jurulatih muda yang terlatih.
Selaku mahaguru silat Gayuman Gerakan Satu, Tuan Haji Hamdi sendiri mengambil alih melatih pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains, Pasir Puteh. Sekolah Menengah Sains, Pasir Puteh merupakan Ajk penaja yang merangkak sebagai panitia selama tertubuhnya persatuan. Sekolah ini telah melahirkan ramai srikandi yang cekap dan mahir dalam ilmu pertahanan tersebut. Bagi memudahkan pengajaran, di awal penubuhan lagi, penerapan ilmu silat telah diagihkan mengikut silibus yang lebih sistematik.
Tuan Haji Hamdi atau Tok Ayah merupakan seorang guru silat yang berkaliber. Menjengah usia 64 tahun, beliau tetap memberi komitmen penuh terhadap ilmu perguruan silat tongkat gayuman gerakan 1. Beliau masih lagi melatih pesilat-pesilat muda dan membuka gelanggang di kampung-kampung. Berpantang ajal sebelum maut, dan pantang menyerah sebelum berjuang. Beliau tidak pernah berundur atau menyerahkan amanah kepada sesiapa. Beliau memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh arwah Tok Walid seorang diri. Di usia meremang senja, terlalu banyak suka duka dan ranjau yang beliau tempuhi. 40 tahun adalah satu tempoh masa yang lama.
Wajarlah beliau dikenangi dan diberi penghormatan kerana ketekunannya dan kewibawaannya dalam seni pertahanan diri ini. Selama beliau bergelar mahaguru, beliau tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran atau upah di atas penat lelah beliau. Beliau juga sering berpesan kepada anak-anak murid yang berguru dengan beliau supaya tidak meletakkan material sebagai perantara ilmu persilatan ini. Biarlah yang diajar itu atas dasar amanah dan ikhlas. Salah satu sifat beliau yang digeruni oleh mereka yang pernah berguru atau sedang berguru dengan beliau adalah ketegasan beliau. Namun disebalik ketegasan beliau sebenarnya tersimpan kehalusan jiwa seorang tua. Inilah yang jarang diselami oleh generasi hari ini.
Perjalanan Tok Ayah selama lebih 40 tahun dalam seni pertahanan diri ini, merupakan pengamatan yang terlalu dalam dan sukar dimengerti. Siapa yang bakal menggantikan beliau dan membimbing kesinambungan silat ini, masih tiada sesiapa yang tahu. Barangkali sudah ada di dalam pengamatan seorang mahaguru, atau masih mencari di antara yang layak. Manakan dapat sagu kalau tidak dipecah ruyungnya?
Petua seorang mahaguru takkan memperturunkan ilmu sekaligus. Hanya yang kekal berguru saja yang akan menerima titisan ilmu beliau. Realiti hidup ini melalui peringkat-peringkat. Jalan ke Syurga sekalipun tiada jalan pintas.

Langgan:
Catatan (Atom)